PETALING JAYA: Malaysia menegaskan suara rantau ASEAN perlu diberi perhatian dalam menentukan hala tuju global khususnya berkaitan perubahan iklim, keselamatan makanan dan peralihan tenaga. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara-negara di rantau ini telah lama berdepan bencana dan tekanan iklim oleh itu pengalaman tersebut wajar diangkat sebagai sebahagian daripada agenda dunia. “Suara rantau kita yang sekian lama dirundung risiko bencana dan malapetaka iklim mesti diambil kira dan menjadi…







