Sokongan TNB serlah hala tuju hoki bermula era Al-Sultan Abdullah

Sokongan TNB serlah hala tuju hoki bermula era Al-Sultan Abdullah

AL-SULTAN Abdullah bergambar `selfie' bersama pemain Malaysia pada Liga Juara-Juara 1 di Stadium Hoki Indera Mahkota pada tahun 2014.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Era kepimpinan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dari 2008 hingga 2015 dilihat sebagai titik perubahan penting dalam landskap hoki negara.

Sepanjang tempoh tersebut, baginda berjaya memperkukuh asas pembangunan akar umbi, menyusun semula struktur pasukan kebangsaan serta memperkenalkan sistem lebih komprehensif bagi melahirkan bakat pelapis yang berkualiti dan berdaya saing.

Hubungan strategik dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjadi pemangkin penting, apabila syarikat utiliti itu terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong pembangunan hoki tanah air.

Kini, menerusi program TNB Thunderbolts dan klinik pembangunan remaja, TNB terus membantu menyediakan laluan berstruktur untuk pemain muda daripada peringkat sekolah hingga ke skuad kebangsaan.

Keberkesanan program itu semakin terserlah apabila graduan TNB Thunderbolts kini menjadi tonggak utama skuad pelapis negara, termasuk yang bakal beraksi di Piala Dunia Remaja FIH di India hujung bulan ini.

Legasi Al-Sultan Abdullah jelas membuktikan kepimpinan baginda telah membina asas kukuh dan mampan bagi memastikan hoki Malaysia terus melahirkan generasi pelapis berdaya saing di pentas dunia.

Piala Dunia Remaja FIH di India bakal sekali lagi menjadi pentas yang memperlihatkan hasil usaha kolektif tersebut apabila barisan muda negara membawa nama Malaysia hasil gabungan bimbingan teknikal KHM dan sokongan berterusan TNB.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN