Sesuatu yang besar bakal berlaku- Tunku Mahkota Ismail

Sesuatu yang besar bakal berlaku- Tunku Mahkota Ismail

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arena sukan Johor dijangka memasuki fasa baharu apabila Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan bahawa sesuatu yang besar bakal berlaku dalam tempoh terdekat.

Menerusi hantaran di media sosial, baginda bertitah bahawa perkembangan tersebut berpotensi menjadi titik perubahan penting, khususnya dalam beberapa bulan akan datang.

“Tiga juara dunia. Lelaki sejati, lelaki dengan prinsip dan nilai. Bermula hari ini, banyak perkara akan berubah terutama dalam beberapa bulan mendatang.

“Ketika peningkatan bertemu kehebatan. Ini takdir, Alhamdulillah,” titah TMJ.

Hantaran itu turut disertakan gambar baginda bersama tiga ikon sukan dunia iaitu bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov; bintang ragbi New Zealand yang kini bergelar peninju, Sonny Bill Williams; dan bekas juara MMA Australia, Soa ‘The Hulk’ Palelei.

Walaupun baginda tidak memperincikan bentuk perubahan yang dimaksudkan, bayangan tersebut pantas mencuri perhatian peminat sukan Johor dan seluruh negara.

Ramai yang mula membuat spekulasi mengenai langkah besar yang bakal diumumkan, termasuk kemungkinan pembaharuan dalam struktur sukan negeri, projek pembangunan atlet atau kerjasama strategik berskala antarabangsa.

Seperti biasa, setiap isyarat yang disampaikan Tunku Mahkota Ismail yang merupakan figura penting dalam perkembangan sukan tanah air itu, segera mencetuskan tanda tanya dan rasa teruja dalam kalangan peminat sukan tanah air terutama di Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN