MELAKA: Sebuah sel baharu di tapak pelupusan sementara (TPA) Sungai Udang akan dibina tahun depan bagi mengelakkan risiko pencemaran berikutan kawasan sedia ada hampir mencapai kapasiti maksimum. Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Hee Loy Sian berkata, langkah itu penting bagi memastikan sistem pelupusan sisa pepejal di negeri ini kekal selamat dan terkawal. Ia sementara menunggu pembinaan loji rawatan sisa kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE)…










