Scott sasar rangkul kejuaraan PGA Australia

Scott sasar rangkul kejuaraan PGA Australia

ADAM SCOTT - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bekas juara Masters, Adam Scott menegaskan beliau masih mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk bersaing di peringkat tertinggi ketika turun ke gelanggang Kejohanan PGA Australia minggu ini, 

Penyertaan Scott itu sekali gus mahu membuktikan dirinya masih relevan dalam arena golf dunia.

Pemain berusia 45 tahun itu mengakui peluang untuk meraih kemenangan semakin jarang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun percaya prestasi konsisten dalam beberapa minggu mampu menghidupkan semula kerjayanya.

“Ya, ia pasti sangat istimewa pada tahap karier saya sekarang,” kata juara Masters 2013 itu kepada media di Royal Queensland.

Scott yang kali terakhir muncul juara pada Jemputan Genesis 2020, turut mengharungi musim sukar termasuk terlepas Masters buat kali pertama sejak 2009 serta mencatat pusingan akhir 79 di Terbuka AS selepas berpeluang memburu gelaran major kedua.

Namun, tubuhnya masih tegap dan semangatnya tidak luntur apabila  Scott kini memburu gelaran ketiga Kejuaraan PGA Australia selepas memenanginya pada 2013 dan 2019.

“Saya rasa saya mula jadi macam pemain veteran,Saya masih ingat waktu saya baru jadi profesional dan melihat pemain seusia saya sekarang dan kini saya berada di tempat mereka.

“Tapi secara peribadi, saya masih rasa cukup kuat fizikal dan mental. Nasib baik saya belum masuk fasa sakit-sakit dan motivasi pun tinggi.  Saya cuma perlu tajamkan fokus sedikit dan kembali ke bulatan kemenangan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN