Sasaran pingat masih kekal misteri

Sasaran pingat masih kekal misteri

PRESIDEN Olahraga Malaysia(MA), Datuk karim Ibrahim ketika sidang media selepas menerima kunjungan Ketua Kontinjen, Nurul Huda Abdullah, di MSN, hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sasaran pingat skuad olahraga negara ke Sukan SEA Bangkok bulan depan terus menjadi teka-teki apabila Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Karim Ibrahim, enggan mendedahkan angka sebenar malah menegaskan segala unjuran hanya akan diumumkan selepas “gambaran penuh” prestasi atlet diperoleh.

Menurut Karim, beberapa atlet utama negara serta pencabar serantau seperti Thailand dan Vietnam masih beraksi di kejohanan penting yang menjadi petunjuk terakhir sebelum sasaran dimuktamadkan.

“Belum masa untuk umum sasaran. Kita perlu lihat semua statistik dan keputusan terkini. Bila data lengkap, barulah kita bentangkan kepada Majlis Sukan Negara,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Kontinjen, Nurul Huda Abdullah, di MSN, hari ini.

Karim turut mengingatkan supaya tiada pihak membuat andaian berasaskan kejayaan lapan pingat emas semasa edisi Kuala Lumpur 2017, kerana landskap semasa olahraga negara jauh berubah.

“Jangan salah faham. Tahun 2017 kita menang lapan emas, tapi itu cerita dulu. Sekarang situasi lain. Saya baru enam bulan memimpin. Kita mahu sasaran yang realistik,” jelasnya.

MA dijangka mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat untuk mengumumkan sasaran rasmi sebelum atlet berlepas ke Bangkok.

Dalam masa sama, Karim memberi jaminan bahawa skuad olahraga kini berada dalam semangat tempur yang tinggi menjelang temasya dwi-tahunan itu.

“Tiada siapa ke Bangkok untuk kalah. Semua dahagakan kemenangan. Sokongan dan galakan amat penting,” tegasnya.

Pada edisi lalu di Kemboja, kem olahraga negara meraih 5 emas, 3 perak dan 11 gangsa rekod yang pastinya menjadi penanda aras tidak rasmi sebelum sasaran baharu diumumkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN