KENINGAU: Beberapa pencapaian Barisan Nasional (BN) di Sabah diyakini menjadi kekuatan utama dalam usaha menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Ia termasuklah rekod membawa projek jalan raya bernilai jutaan ringgit dan menunaikan janji pembinaan sekolah menengah baharu yang sekian lama dinantikan penduduk Sook. Calon BN, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, pengalaman empat tahun sebagai Ahli Parlimen Pensiangan dan Timbalan Menteri Pertanian…










