Rayuan Selangor ditolak FAM, hukuman kekal

Rayuan Selangor ditolak FAM, hukuman kekal

FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) gagal menarik nafas lega selepas rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas mereka berhubung kelakuan penyokong dan kegagalan mematuhi obligasi penganjuran pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2025-2026 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 29 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia badan induk itu dalam mesyuarat khas pertama bagi penggal 2025-2029, semalam, memutuskan untuk menolak rayuan itu.

Keputusan berkenaan, menyaksikan hukuman bermain tanpa penonton bagi dua perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri bagi Piala FA, termasuk perlawanan separuh akhir kedua menentang Sabah FC pada 30 November ini dan perlawanan pertama musim depan, serta denda sebanyak RM100,000, dikekalkan.

“Rayuan Selangor FC terhadap hukuman yang dikenakan selepas didapati bersalah berhubung kes membabitkan kelakukan penyokong mereka dan kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2025-2026.

“Hukuman bermain tanpa penonton (beraksi di stadium kosong) untuk dua perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA, iaitu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2025-2026, Selangor FC lwn Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Ahad, 30 November 2025.

“Perlawanan pertama Selangor FC di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA pada musim berikutnya, serta denda sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Jumaat, 14 November adalah dikekalkan,” katanya.

Sebelum itu, SFC dikenakan hukuman beraksi dua perlawanan tanpa penonton bagi saingan Piala FA dan didenda RM100,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu dalam kenyataan, memaklumkan hukuman berkenaan diputuskan dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2025-2029, semalam membabitkan insiden yang berlaku ketika aksi suku akhir kedua Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 29 Oktober lalu.

Beliau menjelaskan Selangor dikenakan lima pertuduhan yang mana kelab itu didapati bersalah melanggar Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM bagi pertuduhan 1, 2, 3 dan 4 serta melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM bagi Pertuduhan 5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN