Qabil ketuai cabaran Kejohanan Dunia MiniGP di Valencia

Qabil ketuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Dunia MiniGP di Valencia

Empat wakil Malaysia akan bertarung pada perlumbaan akhir Kejohanan Dunia FIM MiniGP di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, minggu ini. - Ihsan SIC Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbakat besar Malaysia, Qabil Irfan Azlan sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai cabaran negara pada perlumbaan akhir Kejohanan Dunia FIM MiniGP 2025 di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, minggu ini.

Anak muda berusia 13 tahun itu pernah menjulang gelaran dunia MiniGP pada 2023 bagi kelas 160cc dan kali ini, dia akan bertarung dalam kelas utama 190cc.

Pengurus pasukan FIM MiniGP Malaysia, Zulfahmi Khairuddin berkata, tahun ini hanya dua pelumba dari kategori 160cc dan dua pelumba dari kategori 190cc akan beraksi pada minggu ini.

“Saya sangat yakin kerana ini merupakan penyertaan kali kelima kami di Kejuaraan Dunia MiniGP.

“Saya benar-benar teruja untuk memulakan sesi kejuaraan dunia kali ini, perlumbaan sebenar akan berlangsung pada hari Khamis dan pasukan Malaysia akan berusaha sehabis baik untuk membawa kemenangan buat negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain Qabil yang merupakan juara MiniGP Malaysia bagi kelas 190cc, turut beraksi pada kejohanan itu dalam kategori sama ialah Adam Aiman yang merupakan pemenang tempat kedua.

Bagi kelas 160cc pula, juara MiniGP Malaysia bagi kategori itu, Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff dan adik Qabil, Qasha Irfan menjadi pertaruhan negara bagi merebut gelaran untuk kelas tersebut.

Seramai 46 pelumba dari 22 negara akan beraksi dalam kategori 160cc, manakala, 26 pelumba dari 15 negara pula bakal bersaing untuk kategori 190cc.

Kesemua pelumba merupakan peserta terbaik yang mewakili negara masing-masing, termasuk wakil Malaysia yang terdiri daripada juara dan naib juara FIM MiniGP Malaysia 2025.

Sesi latihan bermula, hari ini dan diikuti dengan perlumbaan utama pada Rabu yang akan disiarkan secara langsung di laman rasmi MotoGP.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN