Presiden Deportivo Alaves teguh di belakang Garces

Presiden Deportivo Alaves teguh di belakang Garces

FACUNDO GARCES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain warisan negara, Facundo Garces masih mendapat kepercayaan daripada kelabnya, Deportivo Alaves walaupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan pemain itu sebelum ini.

Presiden Deportivo Alaves, Alfonso Fernandez de Troconiz seperti dilaporkan Futbol Fantasy memberi bayangan bahawa kelab itu tidak akan mengambil tindakan terburu-buru terhadap Garces selagi tiada keputusan muktamad mengenai isu terbabit.

Beliau berkata, isu tersebut adalah di luar kawalan kelab dan Garces masih mempunyai hak untuk membuat rayuan manakala pihak kelab pula akan menunggu hingga keputusan akhir berkaitan isu itu diputuskan.

“Ia adalah isu di luar kawalan kelab, ia perkara peribadi baginya. Namun, ia jelas memberi kesan kepada kami kerana kami tidak dapat menggunakan khidmatnya.

“Isu itu masih berjalan dan buat masa ini, tiada apa yang berubah bagi kami kerana selagi belum ada keputusan muktamad, dia masih mempunyai hak untuk membuat rayuan.

“Kami terus mempercayai pemain itu serta haknya untuk didengar. Kami akan lihat apa yang berlaku dan akan menunggu,” katanya seperti dilaporkan Futbol Fantasy.

Selain Garces, enam lagi pemain yang turut terpalit dengan isu itu adalah Hector Hevel, Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Imanol Machuca.

FIFA sebelum ini menolak rayuan FAM sekali gus mengekalkan semua hukuman termasuk penggantungan 12 bulan serta denda CHF2,000 (RM10,374) kepada setiap pemain denda FAM turut dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta).

FAM dalam kenyataan memaklumkan mereka akan memohon alasan bertulis daripada FIFA dan akan meneliti langkah susulan termasuk membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Media sebelum ini melaporkan bahawa Palmero menjadi pemain pertama menerima kesan penggantungan FIFA apabila kontraknya bersama kelab divisyen tiga Sepanyol, CD Tenerife ditamatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN