KUALA LUMPUR: Penjimatan dana yang diperoleh melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi inisiatif bantuan rakyat. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, langkah penyasaran subsidi dijalankan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang layak tanpa membebankan golongan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus pertengahan (M40). Katanya, melalui penjimatan itu, dana selebihnya akan disalurkan kepada program bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.…










