Liga Super: Kuching City belasah PDRM 5-0

Liga Super: Kuching City belasah PDRM 5-0

Aksi pemain Kuching City FC menentang PDRM pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, hari ini. - IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuching City FC berpesta gol apabila membenam PDRM 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.

Pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Yuki Tanigawa pada minit ke-13 sebelum Wanja Ronald Ngah menggandakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Ngah menjadi wira The Cats selepas melengkapkan hatrik peribadi dengan dua lagi jaringan pantas pada minit ke-31 dan 38 yang memastikan pelawat mendahului selesa 4-0 pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan skuad tuan rumah terus dihukum apabila pemain kebangsaan, Ramadhan Saifullah Usman menambah gol kelima Kuching City pada minit ke-54.

Meskipun sudah selesa di depan, Kuching City tidak mengendurkan serangan dan terus melancarkan beberapa percubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.

Kemenangan besar itu meletakkan Kuching City di tangga ketiga dengan 17 mata selepas lapan perlawanan, manakala PDRM kekal di kedudukan kelapan dengan enam mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN