TAWAU: Cabaran penyakit tidak berjangkit (NCD) kini menjadi fokus utama Kementerian Kesihatan memandangkan ancamannya dikatakan jauh mengatasi penyakit berjangkit dan memerlukan tindakan kesihatan awam yang konsisten. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, statistik menunjukkan satu daripada dua individu yang menghidap NCD tidak mengetahui status kesihatan mereka, menjadikan saringan awal sebagai langkah paling kritikal. “Saya tekankan bahawa program saringan kita tidak bermusim dan tidak berhenti. Sepanjang tahun kita turun…








