ALOR SETAR: Kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) didesak untuk meneliti semula kenaikan cukai taksiran yang mendadak kerana akan memberi kesan sangat besar kepada masyarakat. Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, kenaikan setinggi itu adalah tidak munasabah dan sudah tentu akan menambah beban kewangan rakyat. “Isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana akan semakin terbeban oleh peningkatan kos sara hidup manakala peniaga serta industri tempatan…










