JOHOR BAHRU: Suasana hiba menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini apabila ahli keluarga hadir menuntut mayat mendiang K. Sugumaran, 59, yang maut dalam insiden kebakaran di atas kapal kontena Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini semalam. Bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan masuk ke Jabatan Forensik HSA termasuk untuk menemu bual ahli keluarga mendiang dan hanya mengambil gambar di luar pagar jabatan berkenaan. Sementara itu, suasana…










