PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal menerbitkan panduan awal menangani tindakan bunuh diri belia pada akhir tahun ini sebagai rujukan intervensi segera kepada golongan belia, keluarga dan masyarakat. Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dokumen itu diwujudkan bagi memudahkan belia terkesan mendapatkan bantuan awal tanpa perlu menunggu sehingga keadaan menjadi kritikal. “Panduan ini untuk bantu mereka yang mempunyai kecenderungan mencederakan diri sendiri atau bunuh diri, dan juga penjaga serta majikan yang…







