Wei Ying-Zu Tung gagal pertahan emas beregu wanita

Deaflympics 2025: Wei Ying-Zu Tung gagal pertahan emas beregu wanita

Boon Wei Ying-Foo Zu Tung ketika beraksi aksi suku akhir beregu wanita Deaflympics 2025 di Keio Arena Tokyo, Jepun, hari ini. - IHSAN MSDEAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Harapan Malaysia membawa pulang emas pertama di Sukan Deaflympics 2025 terjejas setelah juara bertahan beregu wanita, Boon Wei Ying-Foo Zu Tung tersingkir mengejut pada suku akhir di Keio Arena Tokyo, hari ini.

Aksi mereka tampak kurang bertenaga sejak awal permainan apabila tunduk 13-21 kepada pasangan China, Jiang Jialei-Zhang Heng Yan pada set pertama.

Usaha kebangkitan di set kedua juga tidak menjadi apabila gandingan negara terus hilang rentak dan akur tewas 8-21 dalam tempoh 34 minit.

Kekalahan itu sekali gus menggagalkan satu daripada sasaran emas ditetapkan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF) yang mengharapkan tiga emas menerusi beregu wanita, beregu campuran serta boling berpasukan lelaki.

Untuk rekod, Wei Ying-Zu Tung mencipta sensasi pada edisi 2021 di Brazil dengan menamatkan kemarau 20 tahun emas negara selepas menewaskan pasangan Taiwan dalam final. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN