Deaflympics 2025: Aravindakumara selamatkan maruah Malaysia

Deaflympics 2025: Aravindakumara selamatkan maruah Malaysia

Pemain perseorangan lelaki negara, Trisya Rafaez menewaskan wakil Thailand Anuntawip Sombun 21-23, 21-12, 22-20 pada aksi pembukaan Kumpulan G acara badminton Deaflympics 2025 di Koei Arena Tokyo, Jepun, hari ini. - IHSAN MSDEAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemain perseorangan lelaki negara, R. Aravindakumara bangkit dari ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Thailand, Anuntawip Sombun 21-23, 21-12, 22-20 dalam masa 54 minit pada aksi pembukaan Kumpulan G Deaflympics 2025 di Koei Arena Tokyo, Jepun hari ini.

Set ketiga menyaksikan Aravindakumara hampir ‘dihantar’ pulang selepas ketinggalan 16-20 namun beliau menampilkan pukulan bergaya dan ketenangan luar biasa untuk menutup set penentuan dengan kemenangan tipis 22-20.

Mengulas kemenangan dramatik itu, Aravindakumara berkata prestasi beliau sangat mengecewakan pada set pertama namun jurulatih, Sabrina Chong memberi ‘petua’ untuk mengawal keseluruhan permainan.

“Kalau hendak diikutkan memang masa set pertama memang mengecewakan, tetapi apabila jurulatih beri taktikal untuk set kedua, saya mengekalkan diri, bertenang dan kawal permainan untuk kumpul mata dalam set kedua.

“Saya juga berlatih untuk bermain pukulan di depan jaring dan kemenangan ini memberi harapan untuk Malaysia untuk membuka peluang ke peringkat seterusnya,” kata Aravindakumara kepada pemberita selepas perlawanan di sini, hari ini.

Seterusnya, pemain berusia 18 tahun itu bakal berdepan cabaran getir menentang pemain pilihan ketujuh dari Taiwan, Chung I Chen, dalam aksi kedua peringkat kumpulan esok bagi merebut peluangnya mara ke pusingan kalah mati.

Pemain perseorangan lelaki negara, Edmund Teo tewas kepada wakil Jepun, Yasuhiro Nagaishi 21-16, 16-21, 20-22 pada aksi pembukaan Kumpulan N Deaflympics 2025 di Koei Arena Tokyo, Jepun, hari ini. – IHSAN MSDEAF

Dalam saingan lain, Edmund Teo pula tewas kepada pemain veteran tuan rumah, Yasuhiro Nagaishi 21-16, 16-21, 20-22 dalam Kumpulan N, di mana hanya dua mata memisahkan beliau daripada kemenangan pertama.

Pemain perseorangan wanita negara, Trisya Rafaez tewas kepada wakil Jepun, Mai Kamata 3-21, 3-21 pada aksi pembukaan Kumpulan I Deaflympics 2025 di Koei Arena Tokyo, Jepun, hari ini. – IHSAN MSDEAF

Sementara itu, saingan wanita menyaksikan pemain muda negara, Trisya Rafael mudah diketepikan oleh wakil tuan rumah, Mai Kamata dengan keputusan 3-21, 3-21 dalam masa 15 minit, sekali gus mengehadkan peluang negara di bahagian perseorangan wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN