PETALING JAYA: Seramai 428,027 guru di seluruh negara berjaya menebus sepenuhnya Baucar Buku Guru Madani menjelang 31 Oktober lalu sekaligus menandakan sambutan luar biasa terhadap inisiatif literasi nasional itu. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar berkata, kejayaan 100 peratus penebusan itu bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan semangat warga pendidik untuk terus menimba ilmu serta memperkukuh budaya membaca. Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, setiap guru menerima e-baucar bernilai…








