Barcelona hampir dimalukan Brugge

Barcelona hampir dimalukan Brugge

PEMAIN Barcelona, Lamine Yamal (kanan) dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Anthony Taylor dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Club Brugge di Stadium Jan Breydel, Bruges.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUGES: Barcelona hampir dimalukan Club Brugge sebelum bangkit tiga kali untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 3-3 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Jan Breydel, awal pagi tadi.

Gol penyamaan Barcelona hadir hasil jaringan sendiri pemain tuan rumah, Christos Tzolis pada minit ke-77.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona kini menghuni tangga ke-11 dengan tujuh mata daripada empat perlawanan, manakala Brugge di tangga ke-22 pada empat mata.

Pada aksi itu, Brugge membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Nicolo Tresoldi yang menyempurnakan hantaran lintang Carlos Forbs selepas serangan balas pantas.

Barcelona pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian melalui Ferran Torres namun Forbs sekali lagi meletakkan Brugge di depan pada minit ke-17, juga hasil serangan balas pantas.

Aksi babak pertama berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan mencipta deretan peluang tetapi tiada jaringan terhasil.

Penjaga gol Barcelona, Wojciech Szczesny, menjadi penyelamat di awal babak kedua apabila menggagalkan rembatan deras Seys dari jarak dekat.

Pada minit ke-59, Eric Garcia hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan jarak jauh yang menggegarkan palang, sebelum Lamine Yamal menyamakan kedudukan seminit kemudian dengan gerakan individu menakjubkan.

Dua minit selepas itu, Forbs kembali menghukum benteng Barca apabila melepasi perangkap ofsaid dan menewaskan Szczesny buat kali ketiga untuk meletakkan Brugge 3-2 di depan.

Usaha keras Barca mencari gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang Yamal ke dalam kotak penalti menyebabkan Tzolis tertanduk bola ke gawang sendiri, menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-77.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN