AZM Rovers FC mahu layak ke suku akhir

AZM Rovers FC mahu layak ke suku akhir

MAHIZI Mahmood
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak AZM Rovers (AZM Rovers FC) tekad meraih kemenangan ke atas Raub FC pada aksi Liga A2 Zon Pantai Timur di Padang Majlis Dearah Machang, Sabtu ini seterusnya mara ke peringkat suku akhir.

Pengurusnya Mahizi Mahmood berkata, impian tersebut hanya mampu direalisasikan menerusi kemenangan ke atas lawan pada aksi itu nanti.

Katanya, kelebihan beraksi di tempat sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan The Red Rovers tidak mengigit dari.

“Saya harap pemain kekal fokus dan tidak mengambil mudah perlawanan itu nanti walaupun lawan berada di kedudukan tercorot kumpulan.

“Lawan pastinya tidak akan memberikan laluan mudah dan saya harap pemain dapat mengikut segala percaturan yang telah ditetapkan oleh jurulatih,” katanya.

Mahizi memberitahu, beliau berharap bekas tonggak The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi turut memperagakan sentuhan ‘magis’ pada perlawanan itu nanti.

Katanya, kehadiran Mohd. Badhri atau Piya menjadikan bahagian tengah AZM Rovers FC lebih kemas.

Selepas mengharungi empat perlawanan, AZM Rovers menduduki tangga kedua dan ketinggalan satu mata dengan pendahulu kumpulan YPM FC yang mengumpul 10 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN