Aisyah akui cabaran besar galas dua acara di Sukan SEA

Aisyah akui cabaran besar galas dua acara di Sukan SEA

NUR Aisyah Mohamad Zubir akan turun beraksi di Sukan SEA 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir mengakui cabaran besar menanti dirinya apabila bakal beraksi dalam dua acara berbeza iaitu trek dan lebuh raya pada Sukan SEA Thailand bulan depan.

Atlet berpengalaman berusia 28 tahun itu sebelum ini sinonim dengan acara lebuh raya, namun kali ini bakal membuat penampilan sulung di velodrom selepas hanya sempat beraksi dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, Februari lalu.

Menganggap tugas itu bukan mudah, Aisyah berkata, ia menuntut kekuatan fizikal dan mental yang tinggi untuk menyesuaikan diri antara dua disiplin yang berbeza.
“Perasaan saya agak mencabar sebab sebelum ini saya tak pernah masuk acara trek.

“Saya tak tahu macam mana kekuatan pelumba lain atas trek, jadi memang kena cepat belajar dan sesuaikan diri dengan rentak baharu ni,” kata Aisyah.

Aisyah dijangka beraksi dalam acara scratch di trek selain dua acara lebuh raya iaitu criterium dan lebuh raya, namun mengakui jadual latihan yang padat memberi tekanan tambahan.

“Berat juga sebab dua-dua kena fokus, saya nak kena bahagi masa antara kekuatan kat trek dengan lebuh raya supaya kekal konsisten,” ujarnya.

Biarpun berdepan tekanan besar, pemenang dua perak di Sukan SEA Vietnam 2021 itu tetap optimis membawa pulang emas pertama buat Malaysia sambil berazam menaikkan bendera negara di podium tertinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN