KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 syarikat pemegang konsesi lebuh raya mencatatkan kerugian berdasarkan Laporan Kewangan Berakhir Tahun 2024. Kerugian itu melibatkan konsesi utama termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya KL-Karak dan LPT1 (ANIH Berhad), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, turut mencatatkan kerugian ialah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), Lebuhraya Kajang-Seremban…










