Wanita tertua di Kelantan meninggal dunia pada usia 124 tahun

Wanita tertua di Kelantan meninggal dunia pada usia 124 tahun

SITI Liah Mamat ketika semasa mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada tahun 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Wanita tertua di Kelantan, Siti Liah Mamat meninggal dunia pada usia 124 tahun di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Panji, di sini semalam.

Siti Liah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11 malam tadi akibat sakit tua.

Cucu Siti Liah, Azhar Mustapha, 50, berkata, arwah neneknya menghembus nafas terakhir di sisi keluarga yang hadir iaitu anak-anak dan cucu.

“Arwah nenak tiada selera makan sejak tiga hari sebelum dia meninggal dunia. Arwah sebelum ini tidak mengalami masalah kesihatan.

“Semua anak-anak termasuk cucu sayang kepada nenek kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azhar memberi, jenazah neneknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rambutan Rendang di sini tengah hari tadi.

Katanya, lebih 70 ahli keluarga dan kenalan hadir menunaikan solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk upacara pengebumian.

Utusan Malaysia 9 Jun 2021 melaporkan, keterujaan Siti Liah Mamat, 120, dari Kampung Dusun Raja, di sini apabila disenaraikan sebagai penerima vaksin Covid-19.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN