Tujuh hantaran berunsurugutan terhadap pemimpin negara

Tujuh hantaran berunsur ugutan terhadap pemimpin negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh lelaki ditahan polis selepas disyaki memuat naik hantaran berunsur ugutan terhadap pemimpin negara.

Kesemua kandungan tular di media sosial dilapor tersiar pada 17 September lalu hingga semalam

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M. Kumar berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 JSJ Bukit Aman yang menjalankan siasatan mengesan penularan tujuh video berkenaan di aplikasi TikTok dan Facebook.

Menurutnya, kes pertama membabitkan lelaki tempatan yang membuat komen berbaur hasutan dan penghinaan terhadap kerajaan serta pemimpin negara dan kes kedua membabitkan lelaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap pemimpin negara serta kenyataan mengaibkan.

Katanya, kes ketiga pula membabitkan seorang lelaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap pemimpin negara berkaitan isu subsidi minyak dan kenyataan menimbulkan kegentaran awam

“Manakala yang keempat turut membabitkan seorang lelaki yang membuat hantaran berunsur penghinaan terhadap pemimpin negara serta kenyataan mengaibkan.

“Bagi kes kelima, seorang lelaki membuat hantaran berunsur penghinaan terhadap pemimpin negara serta kenyataan mengaibkan dan dua lagi kes berkaitan hantaran berunsur ugutan terhadap pemimpin negara, hasutan dan kenyataan mengaibkan terhadap pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata, tujuh suspek itu ditahan dan direman antara satu hingga tiga hari bagi membantu siasatan lanjut, mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b), Seksyen 506 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Hasil semakan mendapati salah seorang suspek berusia 40-an mempunyai 19 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi berusia 60-an pernah disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” jelasnya.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkrompomi terhadap mana-mana pihak membabitkan sebarang bentuk penyalahguaan media sosial atau kandungan digital yang boleh menimbulkan hasutan, ugutan, penghinaan atau kegusaran awam dengan akan mengambil tindakan tegas.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya sentiasa berhemah, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkongsian di media sosial,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN