PETALING JAYA: Golongan nelayan tidak melihat sebarang keistimewaan baharu dalam Belanjawan 2026 apabila kerajaan masih mengekalkan kadar elaun sara hidup RM300 sebulan seperti sebelum ini. Timbalan Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Faizal Zabri berkata, kadar itu tidak lagi relevan dengan peningkatan kos semasa, terutama bagi nelayan kecil yang kebanyakannya warga emas. “Elaun tersebut tidak naik langsung sejak zaman kerajaan terdahulu. Dengan kos sekarang, memang tidak…