Terengganu pertahan gelaran Piala Tun Abdul Razak

Terengganu pertahan gelaran Piala Tun Abdul Razak

Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Mohd Fikri Harun (tiga dari kiri) bersama barisan kepimpinan PHT yang lain menyerahkan jersi hoki pasukan Terengganu kepada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal (lima dari kanan) sebagai tanda penghargaan. - IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan hoki Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak 2025 selepas menumpaskan Pahang 4-2 dalam aksi final penuh dramatik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Skuad bimbingan Mohd Harfizi Baharom mempamerkan keampuhan sejak wisel pertama dibunyikan dengan menguasai hampir keseluruhan permainan.

Gol pembukaan Terengganu hadir pada minit ke-19 menerusi jaringan padang Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee yang menolak masuk bola selepas kekeliruan di kawasan D lawan.

Penyerang prolifik negara, Faizal Saari, kemudian menambah derita Pahang apabila menyempurnakan pukulan penalti strok pada minit ke-23 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Belum sempat Pahang bangkit, Faizal sekali lagi mencuri tumpuan dengan jaringan solo menarik pada minit ke-29 yang meletakkan Terengganu di depan selesa 3-0.

Memasuki suku ketiga, Darwisy Hamdan menambah gol keempat buat Terengganu pada minit ke-36 sebelum Pahang memperolehi dua jaringan saguhati menerusi Muhammad Syawal Abdul Razak dan Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd Rahim.

Sementara itu, saingan wanita turut menyaksikan Young Tigress mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Selangor 3-1 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN