Terbuka Denmark: Tang Jie-Ee Wei mula garang

Terbuka Denmark: Tang Jie-Ee Wei mula garang

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-15, 21-9 dalam aksi pusingan pertama di Jyske Bank Arena, Odense semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran Utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memulakan kempen Terbuka Denmark dengan langkah kanan apabila menundukkan pasangan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-15, 21-9 dalam aksi pusingan pertama di Jyske Bank Arena, malam tadi.

Pasangan ranking keempat dunia itu yang juga juara dunia 2024, tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan lawan ranking ke-15 dunia tersebut sekali gus mencatat kemenangan kedua berturut-turut ke atas gandingan sama sejak pertemuan terakhir mereka tahun lalu.

Tang Jie-Ee Wei yang kini berada pada prestasi terbaik selepas muncul juara dunia di Paris Ogos lalu, turut membawa momentum cemerlang daripada aksi di China Masters bulan lalu apabila muncul naib juara selepas tewas tipis di pentas final.

Mereka dijadual berdepan Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dari China pada pusingan kedua esok.

Gandingan ranking ke-22 dunia itu mara selepas menewaskan pasangan Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard 21-12, 13-21, 21-17.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri apabila tersingkir awal selepas tewas kepada pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Walaupun tewas, gandingan muda negara itu tetap menerima tepukan gemuruh daripada penonton selepas mempamerkan semangat juang tinggi sebelum akur dengan kekalahan 19-21, 21-18, 15-21 dalam masa 53 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN