KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 panggilan diterima Talian Kasih 15999 sejak Januari hingga September tahun ini, menjadikannya antara saluran utama bagi rakyat mendapatkan tempat meluahkan perasaan, kaunseling dan sokongan emosi. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata peningkatan jumlah panggilan itu menunjukkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan kesejahteraan mental semakin tinggi dalam menghadapi tekanan hidup semasa. “Ya, kami di KPWKM sedar bahawa kesejahteraan emosi sama penting dengan kesejahteraan…