Sinner julang gelaran ke-21 di Terbuka China

Sinner julang gelaran ke-21 di Terbuka China

Jannik Sinner dari Itali bergambar bersama trofinya selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang Learner Tien dari Amerika Syarikat (AS) pada kejohanan tenis Terbuka China di Beijing, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bintang tenis Itali, Jannik Sinner meneruskan penguasaan di gelanggang keras Beijing apabila menundukkan remaja Amerika Syarikat (AS), Learner Tien 6-2, 6-2 dalam final Terbuka China, hari ini.

Kejayaan itu merupakan gelaran ke-21 dalam kariernya, sekali gus mengesahkan status pemain No. 2 dunia itu sebagai antara pencabar utama untuk kembali merampas ranking nombor satu.

“Ia adalah tempat yang sangat istimewa buat saya,” kata Sinner yang muncul juara Grand Slam sebanyak empat kali.

Beliau sebelum ini turut meraih gelaran sama ketika membuat penampilan sulung di Beijing pada 2023, dengan satu-satunya kekalahan di gelanggang utama Diamond Court hanyalah kepada musuh tradisi, Carlos Alcaraz dalam final tahun lalu.

Sinner yang menjadi pilihan utama kejohanan, bermula garang dengan mematahkan servis Tien seawal game pertama sebelum menamatkan aksi dalam masa sejam 12 minit dengan 10 ace.

“Tahniah Jannik atas minggu yang hebat, satu lagi gelaran, satu penghormatan dapat berkongsi gelanggang dengan anda,” kata Tien, 19, yang beraksi dalam final ATP pertamanya.

Sinner yang sudah menjulang gelaran Terbuka Australia dan Wimbledon musim ini, mengakui kemenangan kali ini membuka peluang baginya untuk memburu semula ranking No. 1 dunia selepas Alcaraz menarik diri daripada Shanghai Masters akibat kecederaan.

Sinner dan Alcaraz kini dijangka meneruskan persaingan sengit mereka dalam baki musim ini selepas pemain Sepanyol itu merampas ranking No. 1 dunia dengan menewaskan Sinner dalam final Terbuka AS bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN