Setiausaha Agung FAM digantung

Setiausaha Agung FAM digantung

Noor Azman Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas serta-merta disebabkan siasatan melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.

Perkembangan itu disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram pada Sidang Media Khas di Wisma FAM, sebentar tadi.

“Berhubung kes FIFA, Setiausaha Agung FAM digantung berkuat kuasa hari ini.

“Penggantungan itu bagi membolehkan badan bebas melakukan siasatan lanjut berhubung isu terbabit,” kata Sivasundaram.

Terdahulu, FIFA mengambil tindakan terhadap FAM dan tujuh pemain kacukan berikutan beberapa dokumen dikatakan menimbulkan kekeliruan hingga mendorong FIFA meminta penjelasan lanjut daripada FAM berhubung kesahihan status pemain terbabit.

FIFA turut mendedahkan butiran penuh berhubung keputusan menghukum FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel selepas mendapati wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.

Menurut laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” bertarikh 6 Oktober 2025, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjelaskan bahawa hukuman itu dikenakan berdasarkan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang membabitkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.

FIFA juga mengenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,000) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Noor Azman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2022 menggantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN