RM60 juta bina gerai, baiki pasar awam semua PBT

RM60 juta bina gerai, baiki pasar awam semua PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan RM60 juta runtuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menaik taraf 363 premis perniagaan seluruh negara untuk manfaat 7,300 usahawan dengan peruntukan hampir RM50 juta.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara proaktif sedia memanfaat dana dalaman RM500 juta bagi menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat.

Selain itu, RM200 juta untuk membangun semula pusat penjaja, pasar serta medan selera yang usang, Manakala, RM300 juta bagi menyelenggara bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan Projek Perumahan Rakyat (PPR). 

“Saya sempat turun ke Pantai Dalam baru-baru ini meninjau keadaan perumahan rakyat yang sering mengalami masalah lif. Saya juga telah mengarahkan DBKL untuk segera memulakan kerja-kerja membaik pulih semua kerosakan lif rumah rakyat sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN