PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM55 juta bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan melalui pelbagai inisiatif termasuk insentif tanaman dan pembangunan prasarana ladang. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu turut merangkumi sokongan kepada industri penanaman nanas, termasuk di Sarawak serta tanaman buah-buahan lain seperti durian belanda, jambu air dan limau besar. “Langkah tersebut bertujuan memperkukuh daya saing pengusaha tempatan, meningkatkan hasil pertanian bernilai tinggi serta memperluas pasaran buah-buahan…