KUALA LUMPUR: Pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara dijangka memberi kesan langsung terhadap keselamatan sempadan negara disebabkan aktiviti ekonomi dan kepadatan penduduk yang meningkat di kawasan berhampiran Sarawak-Kalimantan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keadaan itu boleh membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, pemerdagangan manusia dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI). “Apabila Nusantara dibangunkan sebagai ibu kota baharu Indonesia, tumpuan ekonomi dan…










