KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dan kemajuan besar dalam Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA), sekali gus memperkukuh kedudukan rantau ini sebagai blok ekonomi dinamik di tengah-tengah ketidaktentuan global. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong berkata, penambahbaikan ATIGA menjadi langkah penting ke arah mempertingkat aliran perdagangan barangan, memudahkan prosedur kastam serta mengurangkan halangan tarif dan bukan tarif…










