PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian konduktor orkestra tradisional, Mohd. Yazid Zakaria yang meninggal dunia tengah hari tadi. Allahyarham juga merupakan individu yang mengetuai persembahan ketika Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, di ibu negara kelmarin. Anwar berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat dunia seni tanah air, khususnya dalam bidang muzik tradisional yang selama ini menjadi wadah penting dalam…







