Anak Zainal Rashid pengsan dalam misi Sumud Flotilla

Pelayaran berpanjangan, anak Zainal Rashid pengsan dalam misi Sumud Flotilla

Zainal Rashid Ahmad bersama Ilham Fansuri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang juga peserta Global Sumud Flotilla (GSF), Ilham Fansuri Zainal Rashid rebah dan tidak sedarkan diri pada hari ke-28 misi menghantar bantuan ke Gaza, semalam.

Bapanya yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad berkata, Ilham terpaksa dipindahkan ke kapal bertaraf hospital yang turut serta mengiringi pelayaran itu untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Dia tidak sihat, rebah, (dalam keadaan) teruk sebab pelayaran terlampau lama. Jaminan 16 hari (mengikut jangkaan asal), selepas itu (berlarutan kepada) 28 hari. Hari ke-28, dia rebah. Saya hantar (dia) ke kapal bertaraf hospital (iaitu) Hospital Alma.

“(Saya) tinggalkan (Ilham) dengan pakar-pakar untuk uruskan dia. Tolong jaga anak saya. Dia tak boleh buka mata sampai saya (kena) buka mata dia suluh dengan lampu suluh.

“Anak mata dia sudah tak kembang. Dr Hashim dari Türkiye beritahu (keadaan Ilham) ini sudah teruk,” katanya menerusi siaran secara langsung bersama penulis geopolitik, Ahmad Faezal di TikTok.

Menurutnya lagi, anaknya hanya mampu makan buah oren selama tiga hari akibat ketiadaan gas untuk memasak, selain mengalami muntah berterusan.

“Saya nampak tak jadi apa anak aku ini. Kalau dibiarkan jadi lain macam. (Jadi) saya hubungi kecemasan untuk mereka bawa anak saya sebab sudah teruk.

“Dia pegang telefon tapi dia tidur sebab (keadaan) teruk,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN