Menurunkan pemain elit, BAM beri bayangan mahu emas

Menurunkan pemain elit, BAM beri bayangan mahu emas

AARON Chia-Soh Wooi Yik antara barisan pemain yang diturunkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menghadapi Sukan SEA 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan barisan pemain yang diumumkan, hari ini, sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) cukup jelas pingat emas mahu dibidik badan induk itu pada Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Facebook, BAM telah menyenaraikan barisan terkuat dengan diketuai beregu lelaki dan wanita No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Pearly Tan-M. Thinaah.

Selain Aaron-Wooi Yik, turut disenaraikan dalam skuad lelaki adalah beregu No. 8 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, manakala, perseorangan, diperkuatkan oleh Leong Jun Hao, Justin Hoh, Eogene Ewe dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Dua lagi nama iaitu Chen Tang Jie dan Hoh Pang Ron yang beraksi dalam sektor beregu campuran turut berada dalam senarai skuad lelaki.

Bagi pasukan wanita pula, selain Pearly-Thinaah, pasangan No. 18 dunia, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing juga akan beraksi pada temasya dwitahunan tersebut.

K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Muhammad Azmi dan Eng Ler Qi dinamakan untuk perseorangan wanita, manakala, dua pemain beregu campuran, Toh Ee Wei serta Cheng Su Yin turut disenaraikan.

Sementara itu, bagi acara individu, Jun Hao dan Justin menjadi pertaruhan kontinjen Malaysia untuk perseorangan lelaki, manakala, Letshanaa serta Ling Ching akan menggalas tanggungjawab bagi perseorangan wanita.

Aaron-Wooi Yik dan Wei Chong-Kai Wun akan beraksi untuk beregu lelaki, manakala, Pearly-Thinaah serta Pei Kee-Mei Xing akan diturunkan bagi sektor beregu wanita.

Bagi beregu campuran pula, pasangan juara dunia, Tang Jie-Ee Wei yang menghuni ranking No. 4 dunia menjadi pertaruhan terbaik Malaysia dengan disokong gandingan ke-19 dunia, Pang Ron-Su Yin.

Jika dinilai daripada prestasi semasa dan juga ranking, peluang cerah untuk memenangi pingat emas ialah menerusi beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran dengan Indonesia serta tuan rumah, Thailand bakal menjadi pencabar terkuat.

Namun begitu, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia di Paris, Ogos lalu, Pearly-Thinaah yang juga baru sahaja dinobatkan sebagai juara Terbuka Arctic di Finland, minggu lepas, memiliki peluang paling cerah untuk merangkul pingat emas dengan gangguan hanya dijangka hadir daripada beregu Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN