Mayat mangsa tersekat di pintu belakang kereta

Mayat mangsa tersekat di pintu belakang kereta

KEADAAN motosikal mangsa kemalangan maut di hadapan Dewan Kampung Tua di Parit hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang lelaki maut akibat tercampak selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di hadapan Dewan Kampung Tua, di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 12.42 tengah hari.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang mangsa berusia 48 tahun.

“Mangsa yang tercampak dan tersekat di bahagian pintu belakang kereta sebelah kanan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu Perodua Alza, seorang wanita berusia 42 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN