PETALING JAYA: Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan Pakistan dan Afghanistan, susulan insiden yang dilaporkan berlaku antara kedua-dua negara baru-baru ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund lewat malam tadi bagi menyampaikan pendirian Malaysia berhubung perkara itu. Katanya, Malaysia menegaskan kepentingan mencari penyelesaian secara damai melalui saluran diplomasi dan…