SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal dengan mengumpan basikal percuma terhadap kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, kelmarin. Suspek berusia 46 tahun yang merupakan pekerja kilang itu kini direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes yang berlaku di kawasan hutan Kampung Serukam, di sini. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Azlan Basri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan…