Kurang agresif hukum Man. City

Kurang agresif hukum Man. City

PEP GUARDIOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kurang agresif di depan gawang menjadi punca Manchester City tumpas 0-1 kepada Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Bagaimapun, pengendali City, Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan semangat juang dan juga prestasi keseluruhan anak buahnya di Villa Park.

Kekalahan itu menyaksikan Villa berjaya menamatkan rekod tanpa kalah City sejak Ogos lalu, sekali gus memberi kesan kepada mereka di saingan EPL.

Sebelum ini, juara bertahan itu mengutip 13 mata daripada lima aksi liga berikutnya dan tidak tewas dalam sembilan perlawanan bagi semua pertandingan.

“Kami bermula dengan baik. Secara keseluruhan, kami jauh lebih baik pada separuh masa kedua tetapi akhirnya gagal menjaringkan gol.

“Pada separuh masa pertama tekanan kami tidak begitu baik, pada separuh masa kedua ia meningkat. Kami tidak cukup agresif..

“Kami ada peluang menjaringkan gol dalam aksi itu, tetapi gagal menyudahkan peluang terhidang. Kami akan perbaiki perkara itu,” katanya.

Guardiola yang sudah memenangi enam gelaran EPL sejak mengambil alih City pada 2016, tetap melihat keputusan berkenaan secara positif.

“Saya puas hati. Kami bermain dengan baik dan semakin mempamerkan peningkatan. Kami akan belajar daripada kekalahan ini. Musim masih panjang, kami akan cuba kekal bersaing hingga ke penghujung,” katanya.

City kini enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal dan akan meneruskan kempen mereka menentang pasukan tangga kedua Bournemouth hujung minggu ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN