Kemudahan pinjaman, jaminan kerajaan meningkat RM50 bilion

Kemudahan pinjaman, jaminan kerajaan meningkat RM50 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan bernilai RM50 bilion meningkat berbanding RM40 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

“Jumlah jaminan Kerajaan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) ditingkatkan kepada RM30 bilion berbanding RM20 bilion.

“Selain menjamin syarikat sektor bernilai tinggi, skop SJPP turut diperluas bagi menjamin usahawan mikro,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, peruntukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM50 juta sebagai dana pembiayaan untuk menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN