Kejohanan Dunia: Nurul Izzah tersingkir awal acara keirin

Kejohanan Dunia: Nurul Izzah tersingkir awal acara keirin

Nurul Izzah Izzati tersungkur di aksi pusingan pertama repechage selepas menamatkan saingan di tempat ketiga. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri terpaksa akur tersingkir awal pada acara keirin wanita Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile awal pagi tadi.

Pelumba berusia 22 tahun itu beraksi dalam saringan kelima pusingan pertama namun sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang juara dunia dua kali dari Britain, Emma Finucane dan wakil Jepun, Haruka Nakazawa.

Keputusan itu memaksa Izzah ke pusingan repechage bagi memburu tiket ke suku akhir namun nasib tidak menyebelahinya apabila sekali lagi menamatkan perlumbaan di luar dua kedudukan teratas.

Pada aksi repechage saringan kedua, pelumba Rusia, Alina Lysenko muncul juara manakala Liliya Tatarinoff di tempat kedua sekali gus menutup peluang Izzah untuk mara lebih jauh.

Mengikut format kejohanan, hanya dua pelumba terbaik dari setiap saringan pusingan pertama dan repechage akan layak ke suku akhir.

Kekalahan itu merupakan pencapaian terburuk Izzah di pentas dunia selepas tahun lalu di Ballerup, Denmark beliau menamatkan saingan di tempat ketujuh di aksi final.

Sementara itu, pelumba Jepun, Mina Sato berjaya mempertahankan kejuaraan dunia apabila menewaskan Finucane pada saat akhir dalam final yang sengit.

Pelumba Colombia, Stefany Lorena Cuadrado Florez pula melengkapkan podium dengan pingat gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN