Kedutaan AS jamin aktivis GSF pulang segera, selamat

Kedutaan AS jamin aktivis GSF pulang segera, selamat

ORANG ramai berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat ketika Himpunan Solidariti Sumud di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) warganegara Malaysia akan dihantar pulang dengan kadar segera dan selamat.

Perkara itu dikongsikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim setelah berjumpa dengan wakil kedutaan AS.

“Kami telah pergi ke kedutaan AS bertemu wakil kedutaan dan mereka telah menerima memorandum seperti yang kita janjikan semalam.

“Pihak kedutaan AS telah beri jaminan bahawa seluruh warganegara Malaysia, yang kini sedang ditahan akan dibawa pulang ke negara kita dengan kadar yang segera dan jaminan keselamatan akan diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Petang tadi, wakil kedutaan AS di Malaysia akhirnya bersedia menerima memorandum bantahan berhubung tindakan Israel terhadap aktivis GSF setelah enggan menerima memorundum itu semalam.

Kamil berkata, hanya dua individu sahaja dibenarkan masuk ke kedutaan tersebut.

Katanya, wakil kedutaan AS menghubunginya untuk mengatakan serahan memorandum akan dilakukan sekitar pukul 3 petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN