Flotilla: Kapal Marinette kini masuki Zon Merah 2

Flotilla: Kapal Marinette kini masuki Zon Merah 2

NUR Adibah Razali menunjukkan kedudukan kapal Marinette menerusi skrin laman web penjejak Sumud Nusantara Flotilla di SNCC, Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kapal Marinette yang menjadi satu-satunya armada misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang masih meneruskan pelayaran ke perairan Gaza kini telah memasuki Zon Merah 2.

Perkara itu disahkan melalui paparan skrin di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), di sini yang boleh dijejaki melalui laman web penjejak (tracker) Sumud Nusantara Flotilla Tracker – Real-time Vessel Tracking https://magic.mapim.dev/sumudnusantara setakat pukul 2 petang ini.

Kapal Marinette kini berada kira-kira 60 batu nautika dari Gaza dengan belayar dengan kelajuan enam knot.

Wakil Jawankuasa Induk SNCC, Nur Adibah Razali berkata, Marinette satu-satunya kapal yang masih belayar dan memasuki Zon Merah 2 dan mereka sedang memecut kelajuan pergerakan kapal sehingga enam knot.

“Kita boleh tengok di paparan kamera litar tertutup (CCTV) keadaan di sana pada waktu siang dan kalau berlaku pintasan daripada pihak Israel sekalipun, akan nampak secara langsung,” katanya kepada pemberita di SNCC, di sini hari ini.

Kapal Marinette yang berasal dari Barcelona itu tidak membawa aktivis Malaysia.

Marinette yang menghadapi masalah mekanikal sebelum ini telah ketinggalan di belakang kumpulan utama armada.

Kesemua kapal lain dalam flotila tersebut dipintas dan ditunda ke pelabuhan Ashdod oleh tentera laut Israel, dalam usaha menyekat sebarang cubaan memecahkan sekatan laut ke atas Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN