Jadual padat tenis terus menjadi kecaman

Jadual padat tenis terus menjadi kecaman

Pandangan umum perlawanan akhir perseorangan lelaki antara Jannik Sinner dari Itali dan Learner Tien dari Amerika Syarikat pada kejohanan tenis Terbuka China di Beijing, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Kalendar kejohanan tenis dunia kembali dipersoalkan selepas semakin ramai pemain elit tumbang akibat kecederaan dan kepenatan.

Bintang No. 1 dunia, Carlos Alcaraz, menjadi nama terbaharu menarik diri daripada Shanghai Masters kerana masalah fizikal biarpun baru sahaja menjuarai Terbuka Tokyo.

Juara Grand Slam enam kali itu mengakui jadual semasa terlalu ketat dan menuntut perubahan segera demi menjaga kelangsungan karier pemain.

“Jadual memang terlalu padat. Mereka perlu lakukan sesuatu,” kata Alcaraz yang sebelum ini turut beraksi dengan kecederaan buku lali di Tokyo.

Di Beijing, situasi semakin meruncing apabila lima pemain terpaksa menarik diri dalam sehari pada Terbuka China, termasuk Daniil Medvedev yang terhincut-hincut sebelum menyerah di separuh akhir.

Bintang wanita pula tidak terkecuali, apabila Iga Swiatek dan Coco Gauff mengecam musim yang dianggap terlalu panjang, malah Aryna Sabalenka memilih berehat selepas menjuarai Grand Slam di New York.

“Banyak sangat kecederaan berlaku. Saya rasa puncanya kerana musim terlalu panjang dan intensif,” kata Swiatek senada dengan Gauff yang menegaskan jadual sedia ada sudah melebihi kemampuan pemain.

Namun, pandangan berbeza hadir daripada wakil China, Zheng Qinwen yang menyifatkan hanya pemain paling kuat sahaja mampu bertahan dalam musim penuh tekanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN