Indonesia sekat kemasukan atlet Israel ke Kejohanan Gimnastik Dunia

Indonesia sekat kemasukan atlet Israel ke Kejohanan Gimnastik Dunia

Pengerusi Persekutuan Gimnastik Indonesia (PGI), Ita Yuliati (kiri) dan Presiden Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Morinari Watanabe. IHSAN JAKARTAGYMNASTICS2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mengesahkan tidak akan mengeluarkan visa kepada atlet Israel bagi menyertai Kejohanan Gimnastik Dunia di Jakarta yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 25 Oktober ini.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yusril Ihza Mahendra berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian tegas kerajaan terhadap sokongan kepada Palestin.

“Kerajaan Indonesia berpendirian tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan Israel selagi negara itu belum mengiktiraf kewujudan Palestin yang bebas dan berdaulat,” kata Yusril dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan pendirian itu juga selaras dengan dasar luar negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sejak merdeka.

Kejohanan yang menghimpunkan lebih 500 atlet dari 79 negara itu dijangka menjadi tumpuan dunia apabila Indonesia buat julung kali menjadi tuan rumah acara gimnastik berprestij tersebut.

Menteri Imigresen dan Koreksi, Agus Andrianto turut mengesahkan keputusan berkenaan selepas menerima permintaan rasmi daripada Persekutuan Gimnastik Indonesia (PGI).

Menurut laporan berita Indonesia, keputusan itu sekali gus menutup ruang kepada penyertaan atlet Israel walaupun melalui permohonan visa khas atau pasport kedua.

Pada 2023, Indonesia turut menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Pantai Dunia ANOC dan kehilangan hak penganjuran Piala Dunia B-20 FIFA selepas bantahan terhadap penyertaan Israel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN