Hatrik Mateta selamatkan Palace

Hatrik Mateta selamatkan Palace

Mateta menyempurnakan sepakan penalti selepas Marc Guehi dijatuhkan dalam kotak penalti bagi melengkapkan hatrik gemilangnya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jean-Philippe Mateta muncul wira Crystal Palace selepas meledak hatrik pada babak kedua untuk mengikat Bournemouth 3-3 dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, sebentar tadi

Penyerang Perancis itu, yang baru menjaringkan gol sulung bersama skuad kebangsaan minggu lalu, sekali lagi menjadi penyelamat apabila memastikan Palace tidak pulang tangan kosong di laman sendiri.

Bournemouth yang berpeluang mendahului liga bermula garang apabila pemain muda sensasi, Eli Kroupi Jr menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk meletakkan pelawat di depan.

Namun kebangkitan Palace bermula selepas rehat apabila Mateta menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh lima minit untuk menyamakan kedudukan di hadapan penyokong sendiri.

Ketika Palace dilihat bakal mencatat kemenangan, Bournemouth kembali di depan menerusi jaringan Ryan Christie pada minit ke-89 hasil peluang mudah di depan gawang.

Drama belum berakhir apabila Mateta menyempurnakan sepakan penalti selepas Marc Guehi dijatuhkan dalam kotak penalti bagi melengkapkan hatrik gemilangnya.

Pemain berusia 27 tahun itu hampir menjadi wira mutlak apabila berpeluang menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan, namun percubaannya tersasar dari jarak dekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN