SINGAPURA: Bekas steward Formula Satu (F1), Johnny Herbert menyifatkan penalti yang dikenakan terhadap Lewis Hamilton selepas Grand Prix (GP) Singapura sebagai tepat dan adil.
Biarpun juara dunia tujuh kali itu berdepan masalah brek serius pada penghujung perlumbaan, Hobert berkata situasi berkenaan memberi kelebihan kepada pelumba Britain itu..
Pelumba Ferrari itu dikenakan penalti lima saat kerana memotong selekoh secara berlebihan, tindakan yang menurut Herbert jelas memberi kelebihan tidak adil kepada pemandu Britain itu.
“Keputusan itu memang betul. Hamilton memotong beberapa selekoh bagi mengelak membrek itu jelas satu kesalahan, jadi dia perlu tanggung akibatnya,” tegas Herbert.
Hamilton kehilangan lebih 40 saat masa perlumbaan akibat masalah brek yang serius pada pusingan-pusingan terakhir, namun ia tidak mengubah keputusan penalti yang dijatuhkan.
Herbert turut mendedahkan bahawa Fernando Alonso, antara pelumba yang paling lantang, tidak berdiam diri apabila insiden itu berlaku.
“Alonso memang marah dan dia pastikan penganjur tahu kemarahannya. Dia memang terkenal dengan gaya tegas menjerit dan memprotes bila rasa tak adil,” ujarnya.
Dengan penalti itu, Hamilton terus berdepan musim sukar di bawah bendera Ferrari, manakala keputusan tegas perundangan sekali lagi menjadi perbualan hangat di paddock F1.- AGENSI